KUALA LUMPUR: Atlet lompat tinggi negara,Nauraj Singh Randhawa gagal mempamerkan lompatan sempurna setelah tersingkir seawal pusingan kelayakan di Kejohanan Olahraga Dunia 2022 di Oregon, Amerika Syarikat, semalam.
Menurut laman web kejohanan https://worldathletics.org/competitions/world-athletics-championships/oregon22, atlet berusia 30 tahun itu yang membuat penampilan kedua di kejohanan berprestij itu gagal menempatkan diri dalam kelompok 12 terbaik selepas gagal mencatat lompatan setinggi 2.17 meter (m) sekali gus menduduki tempat terakhir daripada 14 peserta.
Hanya 12 peserta yang melakukan lompatan terbaik atau melebihi 2.3m layak untuk beraksi di pusingan akhir kejohanan itu.
Pada penampilan pertamanya di Kejohanan Dunia di London pada Ogos 2017, beliau berjaya melepasi 2.26m tetapi gagal layak ke pusingan akhir.
Nauraj Singh yang berada di ranking ke-36 dunia adalah pemegang rekod kebangsaan selepas berjaya mencatat lompatan 2.30m pada Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura pada 2017.
Sebagai rekod, pada edisi Kejohanan Dunia 2019 di Doha, Qatar, Lee Hup Wei mencipta sejarah menjadi atlet pertama Malaysia mara ke pusingan akhir dalam kejohanan berprestij itu, sejak diperkenalkan pada 1938 oleh Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).
Kejayaan itu hadir selepas Hup Wei melakukan lompatan setinggi 2.29m di pusingan kelayakan sebelum menamatkan saingan final di kedudukan kelapan daripada keseluruhan 12 atlet dengan catatan 2.27m.
Selepas gagal menempatkan diri dalam pusingan akhir, tumpuan Nauraj kini terhadap temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang dijadual berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 16 2022
Hanya 12 peserta yang melakukan lompatan terbaik atau melebihi 2.3m layak untuk beraksi di pusingan akhir kejohanan itu. - Gambar fail
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Nauraj kini berada di ranking kedua dunia
Catatan 2.29 meter pada Kejohanan Terbuka Singapura ke-78 pada Khamis meletakkan Nauraj Singh pada ranking kedua dunia.